BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 14, 2010

...RAMADHAN MEMBERIBADI MUTTAQIN..

Bulan ramadhan adalah bulan yang sungguh mulia untuk umat islam.Pada waktu yang lapang kita juga boleh menggunakan masa dengan bijak seperti:->


1.membaca al-qurannulkarim
2.mengemas rumah ataupun bilik
3.berzikir banyak(al-mathurat)
4.solat sunat dhuha
5.menolong ibu dan ayah
MELAKUKAN PERKARA YANG DIKIRA IBADAH IALAH:->

1.berbual tentang perkara bermanfaat
2.tidur
3.menolong saudara atau sahabat
4.membuat perkara yang bermanfaat(seperti perkara diatas)

......SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DENGAN BAIK.....

Friday, July 2, 2010

BARANGAN BOIKOT!!!

BOIKOT ISRAEL! marilah kita sama-sama boikot barangan yang boikot ini!!!!


Tuesday, June 8, 2010

Amanat Terakhir Syeikh Ahmad Yassin

  1. Bumi Palestin adalah milik umat Islam yang secara paksa telah dirampas oleh zionis Israel dan hanya boleh direbut kembali dengan kekuatan. Ia adalah tanah wakaf yang tidak sama sekali boleh diserah kan walaupun seinci. Untuk itu umat Islam harus bersedia melakukan segala-galanya demi menebus kembali tanah suci ini.
  2. Jihad di Palestin adalah hak asasi rakyat Palestin. Ia juga WAJIB bagi seluruh umat Islam samada lelaki atau perempuan untuk memerangi ketidakadilan serta terorisme yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah SWT. Rakyat Palestin menolak untuk dipisahkan dari masyarakat Arab dan umat Islam seluruh dunia.
  3. Rakyat Palestin yang sedang berjuang menentang penjajah zionis Israel sewajarnya mendapat sokongan dari pemimpin serta umat Islam seluruhnya. Umat Islam Palestin amat memerlukan bantuan ekonomi setelah bertahun-tahun menghadapi tekanan zionis Israel yang menghancurkan mata pencarian dan kemakmuran bumi Palestin. Rakyat Palestin juga memerlukan sokongan ketenteraan, perubatan, diplomatic dan segala sokongn untuk membantu jihad mereka.
  4. Menyeru agar jangan sama sekali membina hubungan baik dengan zionis Israel dan menutup kedutaan, konsulat atau perwakilan dagangan zionis Israel di mana pun ia berada. Kami mendesak agar umat Islam aktif memboikot dan menghentikan sebarang hubungan dagang dengan rejim zionis yang kejam dan zalim in
  5. Umat Islam di Palestin memerlukan apa jua bentuk bantuan untuk menamatkan sikap serta permusuhan yang dilakukan di bumi Palestin oleh zionis Israel. Waktunya akan datang seperti yang Allah janjikan dan bersabarlah dengan janji-janji Allah SWT itu.
  6. Masjid Al-Aqsa perlu diselamatkan oleh seluruh umat Islam daripada rancangan penghancurannya oleh zionis Israel.
  7. Meminta kepada umat Islam supaya membantu rakyat Iraq mengusir penjajah Amerika dari tanahnya. Apa yang dilakukan oleh rakyat Iraq adalah sama dengan kami yang sedang membebaskan Palestin.

Friday, June 4, 2010

kesian orang Gaza


Sama-sama lah kita membatu penduduk palestin dengan membaca doa untuk penduduk palesti.dan menyumbang kepada palestin .anak-anaknya ditembak oleh rejim israel,ada yang ayahnya ditembak mati,isterinya.Israel adalah musuh bagi orang islam dan ada juga kristian.jadi sama-samalah berdoa untuk sahabat kita [penduduk palestin] Janganlah kita biar sahabat kita ditembak,di pukul dan kena bom!darah melimpah ruah! dan janganlah membeli barangan boikot seperti NESTLE,OLAY,MACDONALD dan sebagainya.sesiapa yang membeli!satu peringatan seringgit israel membeli satu peluru dan satu tembakan kepada rakyat Palestin!.Marilah mebantu rakyat palestin.wasalam...

Friday, May 28, 2010

BEBAS KANLAH PALESTIN

Tuesday, February 16, 2010

Ulang Tahun 22: HAMAS Semakin Matang

Hamas usia 22 TahunGerakan Perlawanan Islam Hamas kini sudah memasuki usianya yang ke-22 tahun. Sejak didirikan, gerakan yang mengakar dalam dan jauh di dalam masyarakat ini mampu mengatasi kesulitan-kesulitan yang ada di hadapannya. Penjajah Zionis Israel, sejak gerakan ini muncul, terus melancarkan penangkapan anggota-anggota dan pemimpinnya dan membunuh mereka. Menjadikan institusi-institusi Hamas sebagai target serangan dengan tujuan untuk menundukkan dan melemahkan peranan Hamas. Namun yang ditemui Israel hanyalah kegagalan. Selain dari serangan ganas Israel, Gerakan Hamas juga mengalami serangan yang sama di sebelah Tebing Barat, iaitu dari pihak berkuasa pimpinan Abbas.

Timur Islam dan Palestin, secara khusus, mengalami perkembangan jelas dan signifikan dalam pertumbuhan dan penyebaran kebangkitan Islam, seperti negara Arab yang lainnya. Hal ini yang membuatkan Hamas tumbuh dan berkembang secara pemikiran dan organisasi, terutama setelah pelbagai usulan berkompromi yang menyerukan melepaskan prinsip-prinsip dasar dalam konflik dengan projek Zionis. Di mana entiti Zionis diberi pengakuan hak untuk wujud di atas tanah Palestin yang diberkati, dan melepaskan sebahagian tanah Palestin untuk Zionis Israel, bahkan sebahagian besarnya, dalam keadaan strategi perjuangan bersenjata menurun, demikian juga perhatian Arab dan antarabangsa terhadap persoalan Palestin menurun.

Himpunan Hamas ke 21Perkembangan ini mengundang berdirinya sebuah gerakan Islam yang mampu membawa obsesi bangsa dan warga negara, menentang projek Zionis. Di mana bersamaan dengan berakhir tahun 1987, situasi itu sudah cukup matang untuk munculnya projek Islam baru, menghadapi projek Zionis dan perluasannya. Sebuah projek Islam baru yang berdiri di atas dasar baru sesuai dengan perubahan dalaman dan luaran, maka berdirilah sebuah gerakan (islam) yang diberkati di Palestin, Gerakan Perlawanan Islam “Hamas”. Hamas menjadi duri dalam ketamakan penjajah Zionis dan menghentikan perluasan perampasan oleh musuh, serta memotong jalan bagi semua projek ke atas Palestin dan mengakhiri proses pelepasan tanah Palestin kepada Yahudi Zionis.

Berdirinya gerakan Hamas ini mulai mencemaskan sarang-sarang Zionis Israel. Impian Zionis terus di bawah bayang-bayang ancaman perlawanan Islam yang dipimpin gerakan Hamas. Munculnya gerakan ini telah menimbulkan ketakutan di pihak Zionis. Badan-badan perisik Israel terus memobilisasi semua kekuatannya untuk memantau gerakan ini dan para pemimpinnya. Namun penjajah Israel mendapati respon masyarakat dengan melakukan demonstrasi, mogok dan kegiatan-kegiatan lain yang hanya diserukan sendiri oleh gerakan perlawanan sejak awal didirikan dan dikeluarkannya Piagam Gerakan. Sehingga akhirnya terjadi penangkapan terhadap para anggota dan para pendukungnya sejak saat itu. Operasi penangkapan terbesar dialami gerakan itu terjadi pada bulan Mei 1989, di antara korbannya adalah pemimpin dan pendiri gerakan Hamas, Syeikh Ahmad Yasin.

Hamas pun akhirnya menempuh jalur ketenteraan mulai tahun 1990 dan akhirnya melakukan perlawanan terbuka hingga ramai pemimpin gerakan ditangkap dan diasingkan dalam pembuangan (tahun 1994). Dan konfrontasi terbuka terus berlanjutan sehingga kemudian Hamas terlibat dalam kancah pertarungan politik dengan melibatkan diri dalam pemilihan legislatif pada Januari 2006.

Menang dalam pemilu legislatif, Hamas akhirnya berhasil membentuk pemerintahan Palestin. Keberhasilan Hamas ini semakin membuat Amerika dan Israel geram hingga melancarkan sekatan terhadap pemerintah yang dipimpin Hamas. Meski sudah terjun dalam perjuangan politik, Hamas sama sekali tidak pernah meninggalkan perlawanan bersenjata. Terutama dalam usaha membebaskan para tahanan Palestin dari penjara Zionis Israel, hingga akhirnya melakukan penangkapan terhadap askar Israel, Gilad Shalit. Dan Hamas pun terus mendapatkan tekanan dari dunia antarabangsa yang dipimpin pihak kuartet yang bersekutu dengan Israel. Namun gerakan ini tetap dengan jalan yang ditempuhnya, untuk mempertahankan prinsip-prinsip dan hak-hak rakyat Palestin. (seto/ip)

Friday, January 8, 2010

Atok Emak Mula Bernafas Tanpa Mesin


Semenjak dimasukkan ke wad CCU Hospital Serdang atok emak tidak sedarkan diri dan terpaksa di bantu dengan sistem support seperti pernafasan ventilator (oksigen), makan melalui saloran (tube feeding), kemasukan beberapa jenis ubat seperti antibiotik (menghalang jangkitan pernafasan), lasix (membuang air dalam badan), mofin (tahan sakit), midazolam (penenang/tidor), i.v. drip untuk tenaga, blood transfusion (tambah darah 2 pint) serta buangan najis cecair (urine catheter) dan najis pejal dengan nappi.
Pada 2 Muharam 1431 / 19 Dis 2009 (selepas 6 hari di wad CCU), sebahagian bantuan di atas dibuka dan atok emak telah bernafas sendiri dengan hanya menggunakan oxygen mask. Pemakanan masih menggunakan bahan liquid (tube feeding). Namun atok emak masih tidak sedar, hanya sesekali membuka mata dan menggerakkan anggota tangan dan kaki. Keseluruhan pernafasan, heart bit, tekanan darah masih dipantu dengan alat yang dipasang di beberapa bahagian tubuh badan dan display di monitor berhampiran. Tekanan darah dan heart bit sesekali naik apabila atok emak membuka mata dan menunjukkan keinginan dengan berkomunikasi dengan sesiapa yang datang ziarah. Oleh itu anak cucu yang datang ziarah semampu mungkin tidak menyentuh dan mengejutkan atok emak. Atok emak masih peru berihat sepenuhnya bagi menstabilkan pernafasan dan sistam jantungnya.

Kini anak cucu masih berkampung di Bangi (UNITEN) dan sentiasa menziarahi atok emak waktu tengah hari dan petang secara bergilir-gilir sambil membacakan ayat-ayat qur'an dan berdo'a agar atok emak segera sembuh dan dapat balik.

Sama-sama kita sebagai anak dan cucu yang selama ini menerima berbagai bantuan dan pertolongan dari atok emak insaf, mendoakan atok emak dan memohon maaf kepada atok emak akan pelbagai kesilapan yang anak cucu mungkin lakukan. Pengorbanan dan kebaikan atok emak dan atok abah tidak dapat kita semua balas atau bayar walaupun dengan apa juga masa dan harta yang kita miliki. Jika tidak dengan kasih sayang dan pertolongan atok emak dan atok abah (biiznillah), sukar kita semua untuk berada di tahap yang ada kini. Insaf dan sama-samalah kita dekatkan diri kepada Allah swt, pemilik segala kehidupan ini. Dengan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, Insya Allah akan dipermudahkan proses perubatan dan mempercepatkan atok emak sembuh dan sihat seperti sedia kala Insya Allah.