BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 10, 2009

..di smart camp kabare..


Alhamdulillah saya dan adik beradik sampai di Sek Keb Seri Jaya petang jumaat 4-12-2009 untuk menyertai Smart Camp Kabare. Malam tu semua orang solat di masjid ... kemudian makan malam di rumah Abang Johan sebelah masjid.
Program pertama kem kabare ialah game jalan-jalan cari kawan. Saya kena isi nama dalm kotak jawapan. Banyak sangat soalan seperti pernah jatuh motor, jatuh tandas, ada adik beradik kembar, ibu pandai menjahit baju raya, pernah pergi cameron highland, ... dan banyak lagi... saya kena cari semua orang tu di kalangan peserta... kemudian tulis nama atau tanda tangan... saya tak dapat jawab semua soalan... frust sangat...!!
Lepas tu ceramah oleh abang aiman....
Besoknya 5-12-2009 Abang Aiman memberi ceramah tentang Menutup Aurat. Abang aiman tunjuk gambar orang yang baik menutup aurat dengan orang yang tidak sempurna menutup aurat. Orang Islam mesti taat perintah Allah semoga sayang. Orang yang dedah aurat nanti kat neraka rambutnya dibakar oleh api neraka.... tentu sangat sakit.
Abah saya pun beri ceramah tentang Bill Gate yang kaya raya kerana dia guna akal fikiran 95% dan sekarang duitnya berbilion-bilion ringgit kerana jual produk komputer seluruh dunia. Jika kita nak kaya mesti guna fikiran 95% bukan 5% saja. Jika kita guna 5% sahaja kita tak akan berjaya ... adakah anda mampu berfikir 95% seperti Bill Gate? ... orang Islam mesti sekarang guna otak 95% yang ALlah beri agar jadi pandai dan jadi kaya ,... boleh tolong orang di gaza, palestin, di Padang Sumatera dll.

0 comments: